Want your
own Fotopage?








 
Timurbarat FotoPages

By: muhammad ismadi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 31-Jan-2011 03:17 Email | Share | | Bookmark
Bukan Gajah Putih

ribuan manuasia membanjiri dataran
Menyaksikan sekumpulan gajah
hanya memerhatikan dari jauh.Tunggu dan lihat ..
 
 
 
 
 
 
View all 10 photos...




Add comment


Wednesday, 12-Jan-2011 08:06 Email | Share | | Bookmark
Memorial Batu Bersurat Kuala Berang Hulu Terengganu.

 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...



Kalaulah saya tahu begitu agungnya kisah sejarah mereka yang memperjuangkan hak mereka dari dijajah pasti saya akan berhenti di kampung itu untuk berdiri dan menghargai tragedi mereka.

Add comment


Friday, 10-Dec-2010 03:19 Email | Share | | Bookmark
Kuala Selangor - Segalanya Kerang

Juragan dah siap...Awak-awak dah ready
kita berlayar sekarang ..
ini baru kuala sungai ..
View all 30 photos...

Kumpulan Mergastua sedia untuk belayar menangguk kerang di air keruh.

Nelayan ini tinggalkan isteri tinggalkan anak untuk mencari rezeki.

inilah hasilnya.Banyak kan


Sekali lagi kita ke Kuala.Kali ini ke Kuala Selangor pergi tangkap kerang.Sejauh mana yang kita tahu tentang habitat kerang ini.Kalau di kampung saya di Kuala Terengganu (kuala lagi ...) tiada nelayan yang menangkap kerang kerana laut di pantai timur bukan habitat kerang kerana disana pantai nya jenis berpasir.Belainan dengan pantai di negeri pantai barat sini jajaran pantainya adalah berhutan bakau dan berselut.Ini kerana secara geografinya laut di pantai barat masih terangkum dalam Selat Melaka serta tidak berombak besar dan hutan kayu bakau adalah habitat paling sesuai untuk hidupan seperti kerang,siput dan ketam.Di Pantai Remis Kuala Selangor kami menaiki bot dari jeti menuju ke laut lepas.Perjalan hampir setengah jam menuju laut lepas di pantai Kuala Selangor begitu mengujakan.Disepanjang kuala sungai kelihatan nelayan pesisir pantai menangkap ikan.Ada yang menjala ada yang memancing.Hutan bakau begitu mendamaikan segalanya hijau.Akhirnya sampai juga di tempat banyak kerang.Cara nak menangkap kerang (mengutip kerang sebenarnya sebab kerang ni bukan berlari ...)ni mula mula labuhkan tangguk besi yang mempunyai hulu kayu yang panjang.Alat ini akan di turunkan kedasar laut sambil menangguk kedalam air untuk mencedok kerang kerang yang terdapat pada dasar lumpur laut.Sambil itu bot akan terus bergerak perlahan sambil mengheret tangguk ke arah selari.Selang beberapa minit tangguk akan dinaikan dan
hasilnya banyak lah kerang akan tertangguk dalam alat ini dan akan di naikkan kedalam bot.Tangguk yang kosong akan ditunda semula seperti tadi untuk menangguk kerang.Tangguk punya tangguk akhirnya dapatlah kami beberapa tong kerang yang cukup segar.

pengkhianat negara kita kerap menyeludup benih kerang negara ke thailand. bayangkan benih sebesar satu pot susu itu boleh memenuhi lori 3 tan apabila dewasa!! Mon 13-Dec-2010 12:51
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Wednesday, 8-Dec-2010 07:01 Email | Share | | Bookmark
Kuala Pilah -Segalanya Indah

Sawah padi dah menguning.
padi dan kuala pilah berpisah tiada.
indahnya
View all 29 photos...

Muzium Diraja Seri Menanti segalanya disini mengenai sejarah Negeri Sembilan.

Seri Menanti Bandar Diraja,Istana Indah di Kuala Pilah.Kalau jodoh tiada kemana,Ibarat cinta - Ujang dan Milah.Selamat Pengantin Baru untuk Ami dan isterinya.




Kelmarin Ujang dan Milah menyusur kembali jalan jalan ke Kuala Pilah.Harapnya Ujang dan Milah tak kan lupa jalan bersilang siur di Bukit Putus,Jeram air terjun tujuh tingkat di Ulu Bendul,Lebar sawah bendang di Kampung Terachi,pepatah janda di Kampung Senaling,Makam Tuan tulis di Tanjung Ipoh apatah lagi daulat tuanku di Seri Menanti.Lama sudah Ujang dan Milah tidak berkunjung ke sana semenjak menetap di Dengkil sekian lama.Ujang dan Milah pun sudah beranak dua.Sudah berkereta senang kesana kesinun.Ujang pun dah tak mengheret kerbau turun ke kesawah menuai padi.Ujang pon dah tak termenung di muka tangga mengenang nasib bujangnya-takut Milah dipinang ngan orang lain.Memang Ujang tergila gilakan si Milah malah sanggup bercacak keris dan lembing.Mak Ujang pun cukup berkenan kalau Milah jadi menantu.Syukur akhirnya Ujang berkahwin jugak dengan Milah.Milah pun suka sebab kawen ngan abang Ujang.Harapnya lagi Ujang dan Milah takkan lupa di Kuala Pilah nie lah teras jadinya negeri yang sembilan.Dari buapak menjadi lembaga,dari lembaga membentuk undang,dari undang memilih raja.Sekali ini Ujang dan Milah merasa kembali suasananya damai ke Kuala Pilah.Walaupun berbaris ribuan kereta menyusur higway baru Seremban-Kuala Pilah tak ada yang mengeluh semuanya rasa sentosa,tak ada yang potong 'Q',semuanya cool menikmati suasana kampung di Kuala Pilah.Semua bertambah suka melihat sawah padi kembali menguning kat kiri jalan kuala pilah,orang berjual 'lomang paneh' kat sebelah kanan jalan,orang berjual telur itik dan berjual petai.

Add comment


Monday, 18-Oct-2010 08:03 Email | Share | | Bookmark
Ikan oh ikan

Dah Sampai
encik ikan bagun semua makanan sampai dah ..
nie nak tabur satu satu ker ...?
View all 12 photos...



Seharian semalam memberi makan ikan kat kolam sini.Hari nie ikan ikan nie nak makan special siki.Menu hari nie roti kosong dengan dedak ikan.Ikan ikan kat kolam nie begitu berselera sekali makan.ada yang melompat riang ria menyambar roti yang dilempar oleh adli dan aidil.Lalu ikan ikan itu pun berceritalah kepada kami tentang 1001 kisah berkait ikan...

Siakap Sinohong Gelama Ikan Duri , Bercakap Bohong Lama Lama Mencuri
-Pantun Nasihat 2 kerat.Betul lah kata orang tua tua - ada menegur kalau sikap suka berbohong lama lama ia akan menular jadi babiat panjang tangan.Nasihat orang orang tua nie memang betul.

Bagai Cencaru Makan Petang
- Ini peribahasa yang membawa maksud sesuatu pekerjaan yang dilakukan pada saat saat akhir tetapi memperolehi keuntungan yang lumayan.

Ikan paling sensara hidupnya.
-Ikan Kering.Seumur hidup berjemur.

Cukup lah cik ikan lain kali kita cerita anak ikan plak ya.






Add comment


Friday, 3-Sep-2010 01:19 Email | Share | | Bookmark
Merdeka 53

ini bendera saya
saya suka pada bendera saya
saya bangga dengan bendera saya.
View all 28 photos...

Merdeka 53 tahun.Bersama semarakan merdeka tahun ini.

Kami ini generasi pasca merdeka -mama dan ayah juga.Kami juga tak pernah merasa perit jerih mencari kemerdekaan.Kami bersyukur kerana kemerdekaan ini.Hari ini kami kibarkan jalur gemilang tanda terima kasih kami.


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan




Add comment


Wednesday, 11-Aug-2010 06:40 Email | Share | | Bookmark
Air laut bertambah masin kat pekan port dickson

 
 
 
View all 29 photos...


"Siap dah penyu saya ...."

"Nie macam fosil ikan todak melanggar Singapura.betul ke nie..."



Nak kata jauh ke perjalanan nak ke pantai PD nie tidak lah jauh sangat.Tapi yang ini memang betul sebab nak sampai ke Pantai PD nie makan masa hampir 4 tahun lebih sikit.Lamanya untuk Mama dapat menjejakan kaki ke pasir pantai PD yang cukup bersih dan indah ini.Akhirnya sampai juga hajat Mama untuk berkelah mandi manda di pantai ini.Adik beradik yang dua ini lagi suka akhirnya dapat tengok pantai dan air laut.Betullah kata orang terbang jauh burung bangau akhirnya pulang jua ke belakang kerbau.Dah jauh merantau akhirnya berkelah juga di pantai kampung halaman.Hari ini semuanya suka dapat makan makan berkelah tepi pantai.Hari nie Mama masak lauk tumis telur ikan bilis dengan goreng ikan masin.Bungkus nasik pula dengan daun pisang.Lepas tu makan ramai ramai ditepi pantai sambil tengok orang mandi manda.Sekali lagi dua beradik nie tak nak balik balik sebab tak puas main pasir lagi.

-Salam Ramadhan...
-Den dah lamo X ke PD....
Sat 21-Aug-2010 11:48
Posted by:@Min  - [Link]
kok makin masin tak apo, itu normal. kok makin tawar, itu baru patut risau, apo pulaklah balo yg datang Wed 25-Aug-2010 01:35
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Add comment


Tuesday, 29-Jun-2010 02:47 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Nazri & Baiti

Serba biru serba ringkas.
7 dulang hantaran.
Ayahanda & Bonda dah siap sedia.
View all 26 photos...





RAUB PAHANG:13 JUN 2010.Bertempat di No.525 Jalan Rambutan,Felda Sungai Koyan 3,Raub,Pahang berlangsung sudah majlis perkahwinan Muhammad Nazri dan pasangannya Norulbaiti.

d..sapa kahwn ni.... Fri 6-Aug-2010 11:04
Posted by:unnamed
Add comment


Wednesday, 23-Jun-2010 06:17 Email | Share | | Bookmark
Seharian berlari lari.

hah sampai dah ...
tak nak ... tak nak...nak yang itu ...
hehehe ...nie lah kedai makcik tu..
View all 8 photos...

"mama kucing nie carik mama dia...sian kan..."




Sekian kalinya saya pun sampai sekali lagi di Pasar Payang Kuala Terengganu.Ia yang sesuatu wajib untuk pergi membeli belah bila balik kampung mama saya.Saya suka sangat pergi sini sebab kat sini macam macam ada jual.Kali nie saya nak bawak adik saya.Sepanjang pengetahuan saya adik saya nie belum pernah lagi datang semenjak dia dah pandai berjalan nie.Sebelum pandai berjalan hari tu adalah jugak dia datang.Mungkin dia pun dah tak ingat kali terakhir dia datang dulu.Saya nak tunjuk pada dia kedai tempat beli baju budak-budak untuk saiz dia.Selepas saya tunjuk kedai makcik nie mama saya pun suka lah nak beli saya sepasang setiap sorang baju "welcome to terengganu" yang ada gambar Neemo tu.Cantik.Pandai mama saya pilih. .Lepas beli kedai makcik tu ramailah orang pelawa kami masuk kedai masing2 tengok tengok baju yang lain.Saya dengan adik saya memang suka pada kedai yang jual belon tu,jual pistol buih tu, yang jual serunding daging tu ,yang jual kain sutera tu , yang jual tenong dengan acuan baulu ikan tu.Memang kami pusing keliling lah semua kedai.Sampai satu kedai tu saya ngan adik saya terpaksa berehat kat depan pintu kedai yang satu tu sebab kedai dia ada air cond.Masing masing penat berlari lari tak henti henti.Saya kejar adik saya ,adik saya kejar saya,pastu mama saya kejar kami berdua.hahahha...

Add comment


Thursday, 10-Jun-2010 08:54 Email | Share | | Bookmark
Heppy bestday Aishah ke 9.

home made cake
tajaan Kakak Nor Sarah
Sambut bestday di kamung halaman - Jelebu
View all 6 photos...


Tahniah.Hati-hati potong kek.Tu ... Ada tangan anak sapa yang sedia untuk serbu kek nih?


happy burfday ecah! m.joh! mne kek kakcik neh?? Fri 27-Aug-2010 03:51
Posted by:kakcik
happy burfday ecah! m.joh! mne kek kakcik neh?? Fri 27-Aug-2010 04:03
Posted by:kakcik
kak Chik nak kek ke?
nanti kita mintak kak Sarah buat..
Kek ni kakak Sarah yang buatkan,,
Tue 7-Sep-2010 08:41
Posted by:mok Joh
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen1.pidgintech.com